Sunday 10 July 2011

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang






Jika kita ingin  menjadi pelajar yang cemerlang,kita mestilah mempunyai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk berjaya.Antaranya kita mestilah mempunyai sikap yang rajin. Selain daripada itu, kita mestilah menghormati orang tua atau muda. Seterusnya kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah selalu dan bertawakkal atas kehendaknya.Selalu siapkan kerja sekolah, jaga kebersihan selalu agar didekati ramai..





Kita juga jangan terlupa akan suruhan-Nya iaitu sembahyang lima waktu jangan tinggal.Amalkan solat tahajjud dan berpuasa sunat, isnin dan khamis.Hendaklah kita sentiasa tawaduk (rendah diri). Sentiasa dengar kata guru, ibubapa dan rakan-rakan.Kita hendaklah tidur awal dan bangun awal untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya.Kita hendaklah suka bertanya kepada guru tentang pelajaran untuk menambahkan ilmu.Allah suka bagi siapa yang menuntut ilmu.Kerana apabila seseorang itu menuntut ilmu seolah-olah dia sedang berjihad di jalan Allah.Selain itu, kita janganlah bercakap didalam kelas kerana ia akan mengganggu tumpuan yang ada pada kita. Untuk lebih faham apa yang guru ajarkan, kita perlu mempunyai semangat untuk belajar.Jangan bising dalam kelas semasa guru sedang mengajar kerana segala tumpuan kita akan hilang. Seterusnya, kita janganlah menyampuk ketika guru sedang mengajar. Dan akhir sekali kita mestilah menghargai masa kerana  'masa itu seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, masa akan memotongi kita'.

Saturday 9 July 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga








Ciri-ciri wanita syurga ada banyak.Antaranya hendaklah seseorang wanita itu bertakwa serta beriman kepada Allah dan beriman kepada takdir yang baik mahupun buruk.Selain itu, bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah dan bersaksi bahawa muhammad itu hamba dan rasulnya.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah, seakan-akan melihat Allah,jika dia tidak dapat melihat Allah, dia tahu bahawa Allah melihatb dirinya.Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah(tawakkal, mencintai Allah dan rasulnya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala nikmatnya yang diberikan kepadanya.Gemar membaca Alquran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah, (ketika sendiri atau bersama orang lain dan sentiasa berdoa kepada Allah).Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.Ihsan kepada rumahtangga, anak yatim, fakir miskin dan seluruh makhluk.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya.Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap setiap makhluk.Menjaga lisannya daripada perkataan dusta dan tidak menceritakan keburukan orang lain. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.Berbakti kepada kedua-dua orang tua.Menyambung silahturahim dengan keluarga, sahabat terdekat dan jauh. Menghormati suami dan anak-anak.Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Isteri.

9 kunci Meraih Bahagia dalam Islam




Beriman kepada Allah dan beramal soleh.Beriman kepada qada' dan qadar(baik dan buruk semuanya datang daripada Allah.Redha dengan bahagian rezeki dari Allah dan menerima pelbagai kemungkinan yang bakal diberikan Allah kepadanya.Memahami serta menguasai ilmu agama.Banyakkan berzikir dan membaca Alquran.Selawat keatas nabi s.a.w. Kelapangan dada dan mencarinya termasuk tanda-tanda kebahagiaan dan sifat -sifat orang-orang yang berbahagia.Berbuat kebaikan kepada sesama manusia.Memandang urusan dunia itu lebih rendah daripada urusan akhirat.Tidak tamakkan dunia dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kematian.

Sunday 3 July 2011

Ciri-ciri wanita solehah~

Wanita ataupun dikenali sebagai kaum Hawa' sememang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini... Wanita adalah ibu kepada anak2nya....Wanita senang untuk memasuki syurga....Tetapi wanita juga adalah penghuni neraka....Kerana apabila seseorang wanita itu membuka auratnya maka dia akan dimasukkan kedalam neraka....

Susah hendak menjadi seorang wanita solehah....Cuba lihat wanita pada zaman dahulu...Seperti Sumayyah...Beliau adalah lambang wanita solehah..Kerana dia sanggup pertaruhkan nyawanya hanya demi agama Allah...Adakah ciri2 wanita solehah ada pada kita?









Diantara ciri2nya adalah:

solat lima waktu,menjaga maruah diri, menghormati ibubapa, menghormati suami,berzikir, membaca alquran,menundukkan muka daripada melihat lelaki ajnabi, mengingati mati,berpuasa,amal makruf dan nahi mungkar, ehsan, penyabar, sanggup berkorban demi agama Allah, menjaga auratnya daripada dibuka,dan lain lain....

Ingatlah kaum Hawa'! Sekarang wanita lebih ramai daripada lelaki yang memasuki neraka.Apatah lagi mereka yang membuka auratnya dikhayalak ramai...Anda sebagai seorang wanita tidak ada rasa malu kah?Segeralah kita sebagai kaum Hawa' ini bertaubat.Jangan diakhirat nanti neraka yang akan memanggil kita bukan taman syurga....

Wallahua'lam..

Pages

YouTube Blog

Nukilan dari insan yang jahil