Monday 24 March 2014

Cintaku di Bumi Tareem ~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



~IV~


“Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Balqis?” Tanya Suhana.

“Saya Balqis. Ini sedang bercakap dengan siapa ya?” Tanyaku kembali.

“Subhanallah, Balqis!! Lama tidak dengar khabar? Keif haluk?” Ana Suhana.” Jawab Suhana dengan penuh riang.

“Allahu,, Suhana rupanya.. Ana bikheir alhamdulillah.. Wa keif haluk? Musytaqun ilaik ya ukhti mahbubati..” jelasku.

“Ana bikheir jiddan, Alhamdulillah. Hehe,, ana aidhon ya ukhti. Sedang buat apa tu?” Tanya Suhana.

“Sedang menghantar borang untuk sambung pengajian di Darul Zahra, Yemen.” Jawabku.

“Subhanallah, cepatnya enti. Erm, enti tidak mahu ambil SPM?” Tanya Suhana teragak-agak.

“Jika ada rezeki, ana pergi tahun ni tanpa mengambil SPM. Kalau tiada rezeki, maka ana teruskan perjuangan untuk mengambil SPM. In syaa allah. Enti doakan ana ya?” Senyumku.

“In syaa allah, sentiasa ana doakan untuk sahabat-sahabat ana. Semoga berjaya, maaf mengganggu, Assalamualaikum.” Suhana mengundurkan diri.

“Waalaikumussalam.” Aku menjawab salam.

Tekad.

Aku sudah tekad untuk sambung belajar di sana. Ya Allah, mudahkanlah ya Allah.

‘Klik’ , butang [save] dokumen ditekan.

Selesai. Alhamdulillah.

 ********

Beberapa bulan kemudian, emelku dibalas.

[“Wa’aleykum ssalam.. Barakallahufik. Hasolti li muasolah durusah fi dar zahra’. Hunak,
indina daurah fi syahr maayu. Hayya tahduru!!”]

“Alhamdulillah, masyaa allah tabarakallah! Alhamdulillah aku dapat, ya Allah!” Gembiraku.

Sekarang sudah masuk bulan April. Allahuakbar. Masih tinggal sebulan lagi. Aku perlu bermusyawarah dengan orang tuaku.

 *******

“Aqis memang betul-betul tak mahu ambil SPM?” soal Ayah.

“Bukan tidak mahu, ayah. Tetapi hati aqis lebih cenderung ke arah keagamaan.” Jawabku.

“Izinkanlah dia bang. Dia tahu kebaikan dan keburukan. Mungkin dia ingin bantu kita di akhirat kelak.” Sokong ummi sambil tersenyum.

“Hmm susah betul ayah nak lepaskan anak perempuan ayah ni pergi belajar jauh-jauh. In syaa allah ayah benarkan.” Sambil tersenyum.

“Terima kasih ayah! Terima kasih ummi!! Ya Allah, berkatilah ibu dan ayahku.” Lonjakku kegembiraan.

 *********

“Masya Allah, iyeke sayang? Mabruk ‘alaik! Cemburunya ana dengar. Moga ada rezeki buat ana , in syaa allah.” Kata Suhana.

“Jazakillahukheir ya ukhti. La ba’sa, berdoalah, yakin pada Allah. Hasbunallah wa ni’mal wakil. Rezeki Allah ada di mana-mana. Jangan putus asa.” Pesanku.

“In syaa allah…” jawabnya.

“Oh ye, bila flight?” sambungnya lagi.

“In syaa allah awal bulan depan. Sekarang ni sedang tunggu proses visa. Selesai semua, in syaa allah akan berangkat. Doakan ana.” Kataku.
“In syaa allah. Doakan untuk ana sekali sewaktu enti sudah berada di sana nanti! Serulah nama ana disana.” Kata Suhana.

“In syaa allah ukhti.” Jawabku.



 ~V~

Sebulan sudah berlalu. Akhirnya masa yang dinanti-nantikan.

“Qis, jaga solat, jaga diri baik-baik. Adab dengan guru jangan tinggal. Tuntutlah ilmu kerana Allah.” Pesan ummi.

“In syaa allah ummi..” sambil mencium tangan ummi.

“Jaga hafalan, ingat, kat sana ramai wali Allah. Mereka kasyaf. Jaga adab dan akhlak.” Pesan ayah.

“In syaa allah ayah. Terima kasih ayah.” Sambil mencium tangan ayahku.

“Enti, ingat pesanan orang tuamu dan pesanan ana. Jaga adab dan akhlak, pelajarilah ilmu kerana Allah. Jadilah wanita solehah.” Pesan Suhana.

“In syaa allah sayang. Pesananmu akan ana ingat. Ana akan tunggu enti datang sana. Datanglah dengan hati yang redha.” Aku melirikkan senyuman.

“In syaa allah..” sambil memeluk erat sahabatku.

“Assalamualaikum semua!!” Sambil mengangkat beg bagasi ke dalam kapal terbang.

“Waalaikumussalam..” mereka menyambut sahutanku.

Sungguh waktu inilah yang paling hiba. Kerana aku bakal meninggalkan keluargaku, sahabat-sahabatku, dan juga Negara yang ku cintai. Aku bakal menuntut ilmu di sebuah tempat yang aku idam-idamkan. Tarim Al-Ghanna.

******

Sedangku berada di dalam kapal terbang, aku mulai merasa rindu terhadap keluargaku. Ya Allah, lindungilah mereka.. amin.. Lantas, aku menoleh ke kanan dan tiba-tiba…..

“Macam pernah nampak muslimin ni. Tapi dimana ya?” Hatiku berbicara.

“Assalamualaikum, enti ada keperluan apa dengan ana? Kenapa asyik memandang ana?” Tanya pemuda itu.

“Waalaikumussalam… erk, ma lais musykilah.” Lalu aku menoleh ke kiri. Sungguh, merah mukaku pada ketika itu. Astaghfirullah. Semoga aku dijauhkan dari segala fitnah.

 ********

“Ahlan ahlan!” sahut hatiku.

Alhamdulillah, sampai juga di airport sanaa’. Macam mana aku nak pergi ke dar zahra’? Perlukah aku bertanya kepada orang-orang disekitarku?

“Lau samah, uriidu an azhaba ila dar zahra’. Aina yajuzu an abhasaha?” soalku pada seorang wanita berniqab.

“Tajuzu an tazhabiina hunaka bil hafiilah. Wa ba’da zalik, sa’alti ilaih.” Jawab wanita itu.

“Jazakillah alfu kheir.” Kataku.

“Waiyyaki.” Balasnya.

*********


“Alhamdulillah, selamat juga aku sampai di dar zahra’. Subhanallah. Disini sangat tenang. Biarpun cuaca disini sangat panas dan membara, tetapi ia tidak dapat menghalangi cita-cita dan matlamatku untuk menuntut ilmu di bumi Tareem.

Cintaku di Bumi Tareem, namaku disahut sebelum ku datang ke sini. Sekian. Tamat.


~nantikan kemunculan penulisan~ ^_^











































2 comments:

  1. Assalamualaikum..ukhti mmg pndi ckp arab sblm trbg ke bumi tareem ke??ade tips utk fasih ckp arab..sy ade jg ambl bhse arab smse skolah dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. maaf, cerita ini hanyalah imaginasi semata-mata.. :) doakan saya agar dpt terbang disana.. huhu..

      Delete

Pages

YouTube Blog

Nukilan dari insan yang jahil