Friday, 21 March 2014

Hubabah yang merindui Bumi Tareem - ukhti Syauqul Muhibbin

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ada seorang Hubabah yang berada di luar Tareem sangat merindui akan Bumi Tareem.. Sampaikan beliau buat qasidah ni.. hidupnya roh yang sentiasa mengelilingi bumi Tareem walau jasadnya telahpun mati. Allahu..

Dek kerana kerinduan yang membuak,
Hatiku terasa seolah-olah ingin terbang,
kerana gembira bila ku dapat datang,
Kota Tareem suatu hari nanti.

Akan tetapi, aku tidak tahu hadiah apakah yang patut
kepadanya kerana aku lihat semuanya
serba kekurangan (hadiah),
Dialah kegembiraan hatiku,,
padanyalah hatiku bermukim.

Tuhanku sahaja yang melindungi sepanjang zaman..

padanya imam faqih muqaddam, perkuburan Bashsyar dan perkuburan Zanbal,,
dan padanya imam2 yang besar,,
rahsia mereka terpendam di Tareem.

wahai manusia,
dia (tareem) telah jatuh ke dalam hatiku, sebelum aku sampai dengan jasad, ruhku terlebih dahulu sampai disana,
kerana kecintaanku kepada ahlinya, aku ingin dikebumikan di sana.

ku hadiahkan salam kepada syeikhku.. berikanlah nazroh (pandangan rahmat) kepada kami wahai imamku,,
engkaulah imamku yang terawal,, sampai ke syurga na'im,,

al ghanna' (nama panggilan tareem) mata airku, disanalah asal usulku,
kejauhan telah dituliskan bagi kita.. wahai ahli darkah ( penolong), tolonglah aku..

dan pengakhirannya ku berselawat kepada Ahmad (Nabi Muhammad SAW),
kekasih kita yang menggembirakan semua,,
dan cahaya telah terbit kepada kita,,
padanya cinta akan kekal selamanya...

 qasidah daripada seorang hubabah rahimahumullah.. 

perkongsian ukhti Syauqul Muhibbin di Tareem Hadramaut Yemen (1) ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pertama kali lihat Kota tu, apa yang ku nampak?
Kota penuh debu.
Bangunannya kebanyakannya agak lama,,
seperti zaman dahulu,, cuaca yang panas membahang manusia,,
nampak zahirnya memang begitu,,
dimana keistimewaannya?
dimana keindahannya?

Keindahan dan keistimewaan Kota Tareem tersembunyi di sebalik pakaian kezuhudan. 
-(jawab kak Syauqul Muhibbin)-

Singgah sebentar di pasar bumi Tareem.. kelihatan pasar tareem sangat simple,, riuh rendah dengan suara pembeli dan penjual.. tetapi bila kita perhati penjual, didapati apabila kedainya sunyi, mulutnya kumat kamit berselawat dan berzikir. Allahuakbar.. 


Pasar lelaki tidak akan ada wanita Tarim pergi membeli disitu. Kerana ia khas untuk kaum lelaki sahaja. Mereka hanya pergi ke pasar untuk wanita sahaja. Apa yang dijual di pasar wanita? Pakaian, periuk, pinggan mangkuk, sabun, alat2 make up dan lain2. Apa yang dijual dipasar lelaki? Sayur, buah, lauk pauk dan makanan, perabot dan lain2.

Disanalah negeri terindah, walau berpadang pasir tetapi disanalah keindahan yang selalu membuat orang merindukannya. Engkau akan temui di masjid disana sangatlah penuh di kala waktu solat datang, semua berbondong-bondong untuk berjema'ah, dan di sepertiga malam akan tampak seperti waktu siang, kerana indahnya penduduk beribadah memenuhi masjid. Di sana, di setiap jalan yg engkau lalui, maka engkau akan temui akhlak dan sunnah Rasulullah SAW, sungguh negeri ini yang akan menjadikanmu selalu ingin beribadah dekat kepada Allah dan merindukan Rasulullah SAW.

Tidak akan engkau jumpai penduduk di waktu pagi, mereka akan keluar setelah waktu dhuha, dan takkan engkau jumpai para wanita disana, ketika engkau bersua dengannya, maka para wanita akan berbelok mengambil jalan lain, dan tiada akan engkau bisa melihat wajahnya. Sungguh,akhlak terindah engkau akan dapati disana.. ^_^ 

Disana dengan binatang pun, anggaplah engkau yang paling hina, kerana hanya tampak zahir disana yang terlihat bagai kehinaan, namun merupakan kemuliaan tertinggi yang dimiliki para penduduknya. Jangankan engkau membicarakan bagaimana penduduknya, membicarakan jalannya saja maka rahmat yang akan engkau dapati, kerana setiap tapak disana selalu terinjak oleh para auliya' wa solihin, bagaimana dengan membicarakan akan penduduknya..

Sungguh, kisah demi kisah, untaian demi untaian takkan cukup uuntuk menggambarkan negeri yang penuh keberkatan, negeri yang Rasulullah SAW doakan dalam doanya, sungguh akan semakin merasa rindu ketika engkau terus mendengar akan kisahnya..

Sungguh ku juga merasa rindu ^__^

~coretan ukhti Syauqul Muhibbin~ 
(barakallahufiha alfu barakah) 




Thursday, 30 January 2014

Rindu pada MANUSIA? Hati-hati, syaitan MENYAPA!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, cinta tidak melebihi dari sesiapa melainkan Allah, hanya Allah cinta utama. Moga sahabat-sahabat ZAUJATUNZAHRA sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, 
in syaa allah..

Hari ini merupakan Yaumul Jumu'ah, Yaumul Barakah, Yaumul Ibadah, Yaumul Saiyidul Ayyam wa Yaumul li muslimin wal muslimat. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Pada hari Jumaat, terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar." (Riwayat Abu Daud). 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidaklah seseorang muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur(soalan di dalam kubur)." -(Riwayat At-Tirmizi)


Perbicaraan pada kali ini bukanlah ingin membahaskan soal hari jumaat. Akan tetapi, ingin menceritakan masyaqqah yang hadir dari setiap insan. Rindu, tajuk pada kali inilah yang akan diolahkan.

Rindu? Antum pernah mengalami masalah rindu? Antum pernah merindui? Antum pernah dirindui sesiapa? Itu semua fitrah. Kerana rindu itu lahir daripada sifat semula jadi seorang insan. Akan tetapi, kita hendaklah memahami apa erti rindu yang hakiki.

Rindu tidaklah salah, juga tidaklah dilarang. Walau bagaimanapun, kita harus sedar dimana ingin meletakkan tahap kerinduan itu. Jika rindu itu boleh melalaikan kita daripada mentaati suruhan Ilahi, adalah lebih baik sekiranya hati ini tidak terusik oleh sesiapa. Simpan hati ini dalam jagaan Allah. Rindukan Allah itu lebih dari segalanya. 

Perempuan dan lelaki ajnabi yang sering merindui antara satu sama lain, adalah sangat berbahaya! Ini kerana, dalam diam-diam, syaitan ingin menyapa hati seseorang itu untuk melakukan maksiat. Jika rindu, maka berdoalah. Hanya dengan doa, mampu melemahkan sapaan dari syaitan. Jika rindu, ingatkan pada diri, jangan sampai melalaikan hati. Jika rindu, ingatkan pada diri, rindu pada Ilahi itu lebih bererti. Jika rindu, mohonlah kepada Ilahi agar didekatkan dengan cara yang halal. Dengan cara bagaimana? Bernikahlah. 

Ada rindu yang menyebabkan situasi itu menjadi maksiat. Apakah itu? Yaitu, membenarkan NAFSU menjadi jalan untuk mendapatkan RINDU. Astaghfirullah, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang merindui hanya semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu. 

Sebenarnya, rindu akan hadir apabila cinta itu turut ada bersama. Kerana, setiap perkara yang kita cintai, pasti akan merindui. Begitu jugalah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW. Semakin kita cintakan Baginda SAW, gelojak rindu itu semakin tinggi. Subhanallah. Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia, yang memotivasikan mereka agar sentiasa menjaga dan mendorong kehormatan dan kemuliaannya.

Adapun cinta yang tulus ikhlas dan murni, yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan oleh sebahagian ulama' seperti Imam Suyuthi, bahawa orang yang mencintai seseorang, lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya, maka dia diberi pahala. 

Bersabar dalam memerangi rindu yang berpanjangan, akan mendatangkan jiwa yang tersenyum. Kerana rindu juga adalah termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Jika kita pandai menjadikan rindu itu ke arah yang halal, maka halallah jadinya.  Seperti mana Imam Hasan Al Banna pernah mengatakan,

"Cinta secara halal itu halal. Cinta secara yang haram itu haram. Adapun cinta secara syubhah, itu syubhah."  

Adakah kita mahu merindui kepada seseorang yang tidak pasti? Yaitu timbul rasa syubhah yang berpanjangan. Bukan tidak boleh untuk saling merindui, tetapi biarlah berpada-pada. Jika rindu itu boleh menyebabkan hati masih mengingati Allah, tidaklah menjadi masalah. Walau apapun kita juga haruslah sentiasa ingat, tiada yang paling sempurna imannya sehinggalah dia mencintai Allah dan RasulNya, tiada yang paling sempurna kesabarannya, melainkan Rasulullah SAW. ZAUJATUNZAHRA mendoakan agar kita terpelihara daripada perkara yang menyebabkan Allah murka. Amin. 

Rindu? Biarlah Allah sahaja yang tahu. :')








Wednesday, 29 January 2014

Jatuh cintaku Pada Bumi Sejuta WALI


Ya Tareem,
Engkau membuat hatiku jatuh hati padamu,
Tunggulah aku hadir kepangkuanmu.

Ya Tareem,
Ku rindu dan ku cemburu kerana,
tanahmu yang wangi itu,
sering dipijak oleh para habaib,
subhanallah.

Ya Tareem,
Di antara kita, ada cinta,
hubbullah wa hubburrasul,
cinta kepada murobbina,
cinta kepada agama dan juga ilmu.

Ya Tareem,
Rahsiamu menjadi tarikanku,
Menjadi medan untukku berjihad menjelajahi ilmu,
Alangkah seronoknya pada ketika itu,
kerana sepanjang masa, aku bersamamu.

~ YA TAREEM WA AHLAHA ~

Friday, 7 October 2011

Bilakah kita akan bertemu wahai Rasulullah?


sering kali air mata ini bergerlinangan di wajah sayuku..
mengenangkan nasibku di alam sana nanti...
masihkah dapat ku menjadi umatmu wahai Rasulullah?
ya Rasulullah....ingin ku bertemu dengan mu wahai habiballah...
semakin aku mendengar alunan kalam mu itu (Alquran),
semakin aku mempertahankan sunnahmu itu (hadis rasulullah),
semakin aku rindu padamu Tuhan....:'(
rasa cintaku padamu kian mekar wahai nabi Muhammad !!!

... aku ingin lepaskan segala hal duniawi yg kini ku kejari.....
selama ini...
aku ingin terus bermunajat kepada mu Allah...
air mataku yang mengalir di pipi ini...
mungkin tidak dapat menghapus segala dosaku yang lalu....

kini, cintaku akan ku serahkan padaMu,
segala-galanya hanya untukMu,
Oh tuhan!betapa ruginya aku kerana,
selama ini ku tidak pernah mengenal erti cinta terhadapMu...

Namun, ku tahu,....
CINTA itu hanya buatMu saja, ya Allah..
tiada bandingannya jika aku mencintaiMu,Tuhan...
Ya Allah...Engkau dengarkanlah luahan hati hambamu ini yang sungguh keji lagi hina ini...
Ku tahu, diriku tidak layak untuk dipinta...
diriku tidak layak untuk diampun..
namun, ku tahu bahwa Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang...

(ini adalah luahan hati Balqis Yusof sendiri dan di ceritakan melalui puisi)
(nukilan Balqis Yusof)





Sunday, 10 July 2011

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang






Jika kita ingin  menjadi pelajar yang cemerlang,kita mestilah mempunyai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk berjaya.Antaranya kita mestilah mempunyai sikap yang rajin. Selain daripada itu, kita mestilah menghormati orang tua atau muda. Seterusnya kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah selalu dan bertawakkal atas kehendaknya.Selalu siapkan kerja sekolah, jaga kebersihan selalu agar didekati ramai..





Kita juga jangan terlupa akan suruhan-Nya iaitu sembahyang lima waktu jangan tinggal.Amalkan solat tahajjud dan berpuasa sunat, isnin dan khamis.Hendaklah kita sentiasa tawaduk (rendah diri). Sentiasa dengar kata guru, ibubapa dan rakan-rakan.Kita hendaklah tidur awal dan bangun awal untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya.Kita hendaklah suka bertanya kepada guru tentang pelajaran untuk menambahkan ilmu.Allah suka bagi siapa yang menuntut ilmu.Kerana apabila seseorang itu menuntut ilmu seolah-olah dia sedang berjihad di jalan Allah.Selain itu, kita janganlah bercakap didalam kelas kerana ia akan mengganggu tumpuan yang ada pada kita. Untuk lebih faham apa yang guru ajarkan, kita perlu mempunyai semangat untuk belajar.Jangan bising dalam kelas semasa guru sedang mengajar kerana segala tumpuan kita akan hilang. Seterusnya, kita janganlah menyampuk ketika guru sedang mengajar. Dan akhir sekali kita mestilah menghargai masa kerana  'masa itu seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, masa akan memotongi kita'.

Saturday, 9 July 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga








Ciri-ciri wanita syurga ada banyak.Antaranya hendaklah seseorang wanita itu bertakwa serta beriman kepada Allah dan beriman kepada takdir yang baik mahupun buruk.Selain itu, bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah dan bersaksi bahawa muhammad itu hamba dan rasulnya.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah, seakan-akan melihat Allah,jika dia tidak dapat melihat Allah, dia tahu bahawa Allah melihatb dirinya.Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah(tawakkal, mencintai Allah dan rasulnya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala nikmatnya yang diberikan kepadanya.Gemar membaca Alquran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah, (ketika sendiri atau bersama orang lain dan sentiasa berdoa kepada Allah).Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.Ihsan kepada rumahtangga, anak yatim, fakir miskin dan seluruh makhluk.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya.Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap setiap makhluk.Menjaga lisannya daripada perkataan dusta dan tidak menceritakan keburukan orang lain. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.Berbakti kepada kedua-dua orang tua.Menyambung silahturahim dengan keluarga, sahabat terdekat dan jauh. Menghormati suami dan anak-anak.Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Isteri.

Pages

YouTube Blog

Nukilan dari insan yang jahil