Monday, 14 November 2011

PUISI: CINTA ROBBI

Wahai Cinta,
Janganlah Engkau pergi meninggalkan aku sendirian..
Janganlah Engkau menghilangkan nafsimu....

Wahai Cinta,
Datanglah kepadaku,
Agar aku bisa menebus kesalahanku,
kerana aku ingin mencintaiNya,
dengan cinta Sahmura.....

Wahai Cinta,
Sempurnakanlah cintaku untukNya,
Agar aku bisa menyampahkan warkah Cintaku untukMu....

Wahai Cinta,
Bahteraku sedia belayar di Samudera CintaNya,
Aku setia menanti...
Sehingga engkau datang menjemputku.....

nukilan Balqis Yusof
(anauhibbuha.blogspot.com)

Friday, 11 November 2011

~MENCARI NUR ILAHI~

Kadang-kadang ku terfikir sendirian,apakah ini keputusan yang tepat untukku?
Kadang-kadang ku terfikir,apakah ini jalan yang terbaik untukku?
Kadang-kadang ku terfikir, apakah aku benar-benar mencintaiMu?
Kadang-kadang ku berfikir, layakkah diriku untukMu?
Hati ini berasa di penuhi kegelapan jika tiada nur Ilahi dariMu,
Hati ini berasa sunyi tanpa cintaMu,
Hati ini berasa sedih mengingatiMu,
Hati ini berasa sangat berdosa mengingati laranganMu,
Jiwaku meronta-ronta menginginkan kasihMu,
Kalbuku tertanya-tanya,sudahkah Engkau menerima warkah cinta untukMu?
Sunyi malam tidak berkata-kata,
Kecuali dengan menyebut namaMu,
Bintang kejora datang memberikan aku sinaran nur,
Agar aku dapat bersujud memohon padaMu,
Bulan yang indah datang menghiburkanku,
Untuk bersamaku dikala ku sedang bertahmidkan namaMu,
Tiada yang lebih indah daripada terus MENCINTAIMU~

Tuesday, 8 November 2011

ALLAH AMPUNILAH HAMBAMU INI....

Ku mulakan kalam ini dengan Dengan namaMu ya Allah,Tuhan yang Maha Penyayang lagi maha Pengasihani.....~

Ya Allah, aku ini hanyalah insan biasa..Yang tidak mengerti apa-apa..Aku juga tidak tahu akan  apa yang terjadi pada nafsiku ini....Tolonglah aku ya Allah..Berikanlah aku kekuatan...Agar aku boleh mengharungi pelbagai liku-liku....

Ya Allah..aku sangat berdosa kepada seorang hamba ini,Ya Allah...Aku sering menyakiti hati nuraninya yang suci itu..Mujurlah ada seseorang yang telah menyedarkan aku daripada terus menyakitinya...Setelah aku mengetahui akan perkara yang telah menyedarkan aku...Aku terus insaf..Aku tahu..Aku ini sebenarnya hambaMu yang sangat dungu..Aku sangat bersyukur..Kerana dengan kata-katanya aku terus menjadi takut akan azab seksaMu Tuhan...

Oh Tuhan...Aku ini terlalu memikirkan hal duniawi!!!Aku tidak pernah mengingati hal akhirati.....MasyaAllah!!!Andai aku bisa mengatur waktu..Aku ingin memohon keampunan darinya..Terlalu banyak dosaku kepadanya...Tetapi,itu memang tidak akan mungkin..Engkau sajalah yang boleh mengaturkan semuanya...Aku hanyalah seorang muslimah yang terlalu sukar untuk digelar MUSLIMAH..Kerana...diriku terlalu hina apabila berbicara denganMu....

Ya Allah.....Berikanlah aku kesabaran...Agar aku dapat menyempurnakan tahmidku untukMu....
Berderai air mata keinsafan ini,YA ALLAH......

Inginku pohon beribu sesalan yang telah ku lakukan.....
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Bergetar jari ini pabila menaip namaMu,
Rasa diselubungi oleh selimut-selimut yang tebal..

Akhir kalam daripada seorang insan yang sangat menyesali perbuatannya...

Friday, 7 October 2011

Bilakah kita akan bertemu wahai Rasulullah?


sering kali air mata ini bergerlinangan di wajah sayuku..
mengenangkan nasibku di alam sana nanti...
masihkah dapat ku menjadi umatmu wahai Rasulullah?
ya Rasulullah....ingin ku bertemu dengan mu wahai habiballah...
semakin aku mendengar alunan kalam mu itu (Alquran),
semakin aku mempertahankan sunnahmu itu (hadis rasulullah),
semakin aku rindu padamu Tuhan....:'(
rasa cintaku padamu kian mekar wahai nabi Muhammad !!!

... aku ingin lepaskan segala hal duniawi yg kini ku kejari.....
selama ini...
aku ingin terus bermunajat kepada mu Allah...
air mataku yang mengalir di pipi ini...
mungkin tidak dapat menghapus segala dosaku yang lalu....

kini, cintaku akan ku serahkan padaMu,
segala-galanya hanya untukMu,
Oh tuhan!betapa ruginya aku kerana,
selama ini ku tidak pernah mengenal erti cinta terhadapMu...

Namun, ku tahu,....
CINTA itu hanya buatMu saja, ya Allah..
tiada bandingannya jika aku mencintaiMu,Tuhan...
Ya Allah...Engkau dengarkanlah luahan hati hambamu ini yang sungguh keji lagi hina ini...
Ku tahu, diriku tidak layak untuk dipinta...
diriku tidak layak untuk diampun..
namun, ku tahu bahwa Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang...

(ini adalah luahan hati Balqis Yusof sendiri dan di ceritakan melalui puisi)
(nukilan Balqis Yusof)





Wednesday, 7 September 2011

Siapakah Cinta Dihati Ini

EPISOD 2













'Hish Fika ni.... Aku mane de apa-apa perasaan kat dia.Cuma teman je. Yang dia nak tau sangat apasal?  Tapi kadang-kadang tu apa yang Fika cakap ada betulnya.Dalam hati au dapat merasakan kalau dia tu mempunyai perasaan terhadapku.Tapi yang peliknya, aku sendiri langsung tidak ada apa-apa perasaan kat dia.Kenapa eh?Ermm, entahlah malas nak fikir.Sambung novel lagi bagus...

  Sedang aku menulis novel, tiba-tiba telefonku berdering dengan nada dering "Saat Terakhir".Aku melihat di skrin telefonku.Ternyata Fika yang menelefonku.

"Ring,ring"

 "Helo, Fika.Apa kamu mau telefon aku? Mau ketemu aku?" Saja aku berbahasa indon..

 "Helo, eh makcik sape pula yang angkat telefon ni?Bukan main comel lagi suara ye." Gurau Fika.

 "Aisemen,ni Alialah.Kau nak apa call aku malam-malam ni?Nak usik aku lagi?" marahku.

 "Alah Alia, mane de. Aku cuma nak tanye je kau tengah buat apa?Sibuk tak?"

 "Aku tengah tulis novel aku ni. Aku peninglah, susah betul nak cari watak lelaki dalam novel aku ni.Nak buat macam mane.Yang kau ni, tengah buat apa?"soalku.

 "Takde pape, aku lagi layan fb je.Bosan kat rumah.Alia, aku der hal nak cakap ngan kau ni.."

 "Hal apa?"tanyeku.

 "Macam ni, lepas final exam nanti, kitaorang cadang nak holiday kat Brisbane.Saje nak release tension.Kau nak ikut tak?"

Thursday, 11 August 2011

Dajal Berkuasa di Bumi Selama 40 tahun

Dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad (6/454),Hanbal (54/1-2)dan Abdul Razak(20822)melalui laporan Ibnu Khaitsam yang melaporkan:

"Dajal akan tinggal di Bumi selama 40 tahun,setahun bagaikan sebulan,sebulan bagaikan semiggu, seminggu bagaikan sehari dan sehari bagaikan terbakarnya pelepah pohon kurma dalam api".

"Setahun bagaikan sebulan"Merujuk Masa yang berlalu dengan Pantas

Kenyataan hadis,"Setahun bagaikan sebulan",.....bermaksud pada era kemunculan dajal, teknologi manusia seperti teknologi pengangkutan, komunikasi dan komputer berada pada kemuncaknya.Bukti kemajuanknologi manusia pada waktu itu adalah kemampuan teknologi 'melipat waktu'.

Contohnya,dengan menggunakan teknologi pengangkutan,manusia mampu memendekkan waktu perjalanan,sehingga perjalanan yang sebelum itu mengambil masa setahun mampu dipendekkan kepada hanya sebulan,malah lebih cepat daripada itu.Dengan demikian,masa seakan berlalu dengan begitu pantas....

Berkaitan dengan hipotesis ini, terdapat hadis yang memaparkan pengertian yang sama. Anas bin Malik melaporkan Rasulullah SAW berkata,

"Tidak terjadi kiamat sehingga waktu terasa dekat.Satu tahun bagaikan seperti satu bulan dan satu bulan bagaikan satu minggu.Satu minggu bagaikan satu hari dan satu hari ibarat satu jam,serta satu jam laksana kobaran api...



 

Saturday, 30 July 2011

Kisah Ratu Balqis

Pada suatu hari ada seorang,
Puteri yang bernama Ratu Balqis,
Dia sangat kaya dan sungguh cantik,
Tetapi menyembah tuhan matahari....

Telah sampai berita itu,
kepada nabi Allah Sulaiman}x2

Allah telah memerintahkan hud-hud,
Untuk berbicara dengannya,
Agar meninggalkan berhala itu,
Kerana Allah sangat murkainya..

Oleh itu,Balqis berkata
'Aku berfikir dahulu nanti'}x2

Balqis datang ke istana Sulaiman,
Lalu menyingkapi labuhan kainnya,
Disana bukan air tapi kaca,
Yang dipijaknya oleh Ratu Balqis,

Tetapi dia diterpedaya ,
dek kemilauan istana Sulaiman}x2

Dengan sekelip mata harta Sulaiman,
Dirampas oleh seorang abid,
Dia sangat licik dan sungguh pandai,
Tanpa kau rasa menyedarinya,

Tetapi,akhirnya,
Harta dapat jua dikembalikan}x2

Balqis dinikah oleh Nabi Sulaiman,
Nabi yang sangat taat kepada Allah,
Ingin menjadikan Si Balqis itu,
Sebagai isteri nabi yang solehah..

Akhirnya Balqis hidup bersama,
dengan nabi Sulaiman diistananya}x2


(Lirik nasyid versi Indian (Humko Hamise Curalo) )

Tuesday, 26 July 2011

كيف تتغلب في شديد؟(Bagaimana hendak menghadapi suatu dugaan?)

:قال الله تعالى


يأيها الّذين امنُوا استعنوا بالصبر والصلوَةََإن الله مع الصابرينََ ولا تقولوا لمن يقتل في سبيل الله أمواتََبل أحياء ولكن لا تشعرونَ




Firman Allah ta'ala:


(Wahai orang-orang yang beriman , mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan bersolatlah kamu.Bahawasanya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.Dan janganlah kamu berkata melainkan orang-orang yang mati dijalan Allah itu mati selamanya, bahkan mereka hidup di sisi Allah dan tidak mati)
                                                                                                                              (Surah Al baqarah)


Di dalam ayat ini menyatakan tentang bagaimana seseorang itu hendak menghadapi suatu dugaan.Jika seseorang itu ditimpa musibah hendaklah seseorang itu sabar dan tawakal...Kerana Allah tidak akan memberikan 1 ujian yang tidak sesuai untuk makhluknya.Allah sangat menyayangi bagi orang-orang yang penyabar. Kerana jika seseorang itu tidak mempunyai sifat kesabaran pasti dia akan berasa hatinya tidak tenang dan bersifat terburu-buru.Selain itu juga dia akan berasa hendak marah akan suatu perkara.Jadi apabila kita dalam kesusahan hendaklah kita bersabar dan mari kita ingat semula surah albaqarah yang berada diatas ini...Adakah anda sudah pun menghafal ayat-ayat ini? Didalam ayat ini juga Allah ada menerangkan cara-cara hendak menghadapi suatu dugaan iaitu hendaklah kita bersabar dan bersolatlah kamu kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar....

Sunday, 10 July 2011

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang






Jika kita ingin  menjadi pelajar yang cemerlang,kita mestilah mempunyai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk berjaya.Antaranya kita mestilah mempunyai sikap yang rajin. Selain daripada itu, kita mestilah menghormati orang tua atau muda. Seterusnya kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah selalu dan bertawakkal atas kehendaknya.Selalu siapkan kerja sekolah, jaga kebersihan selalu agar didekati ramai..





Kita juga jangan terlupa akan suruhan-Nya iaitu sembahyang lima waktu jangan tinggal.Amalkan solat tahajjud dan berpuasa sunat, isnin dan khamis.Hendaklah kita sentiasa tawaduk (rendah diri). Sentiasa dengar kata guru, ibubapa dan rakan-rakan.Kita hendaklah tidur awal dan bangun awal untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya.Kita hendaklah suka bertanya kepada guru tentang pelajaran untuk menambahkan ilmu.Allah suka bagi siapa yang menuntut ilmu.Kerana apabila seseorang itu menuntut ilmu seolah-olah dia sedang berjihad di jalan Allah.Selain itu, kita janganlah bercakap didalam kelas kerana ia akan mengganggu tumpuan yang ada pada kita. Untuk lebih faham apa yang guru ajarkan, kita perlu mempunyai semangat untuk belajar.Jangan bising dalam kelas semasa guru sedang mengajar kerana segala tumpuan kita akan hilang. Seterusnya, kita janganlah menyampuk ketika guru sedang mengajar. Dan akhir sekali kita mestilah menghargai masa kerana  'masa itu seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, masa akan memotongi kita'.

Saturday, 9 July 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga








Ciri-ciri wanita syurga ada banyak.Antaranya hendaklah seseorang wanita itu bertakwa serta beriman kepada Allah dan beriman kepada takdir yang baik mahupun buruk.Selain itu, bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah dan bersaksi bahawa muhammad itu hamba dan rasulnya.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah, seakan-akan melihat Allah,jika dia tidak dapat melihat Allah, dia tahu bahawa Allah melihatb dirinya.Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah(tawakkal, mencintai Allah dan rasulnya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala nikmatnya yang diberikan kepadanya.Gemar membaca Alquran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah, (ketika sendiri atau bersama orang lain dan sentiasa berdoa kepada Allah).Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.Ihsan kepada rumahtangga, anak yatim, fakir miskin dan seluruh makhluk.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya.Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap setiap makhluk.Menjaga lisannya daripada perkataan dusta dan tidak menceritakan keburukan orang lain. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.Berbakti kepada kedua-dua orang tua.Menyambung silahturahim dengan keluarga, sahabat terdekat dan jauh. Menghormati suami dan anak-anak.Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Isteri.

9 kunci Meraih Bahagia dalam Islam




Beriman kepada Allah dan beramal soleh.Beriman kepada qada' dan qadar(baik dan buruk semuanya datang daripada Allah.Redha dengan bahagian rezeki dari Allah dan menerima pelbagai kemungkinan yang bakal diberikan Allah kepadanya.Memahami serta menguasai ilmu agama.Banyakkan berzikir dan membaca Alquran.Selawat keatas nabi s.a.w. Kelapangan dada dan mencarinya termasuk tanda-tanda kebahagiaan dan sifat -sifat orang-orang yang berbahagia.Berbuat kebaikan kepada sesama manusia.Memandang urusan dunia itu lebih rendah daripada urusan akhirat.Tidak tamakkan dunia dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kematian.

Sunday, 3 July 2011

Ciri-ciri wanita solehah~

Wanita ataupun dikenali sebagai kaum Hawa' sememang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini... Wanita adalah ibu kepada anak2nya....Wanita senang untuk memasuki syurga....Tetapi wanita juga adalah penghuni neraka....Kerana apabila seseorang wanita itu membuka auratnya maka dia akan dimasukkan kedalam neraka....

Susah hendak menjadi seorang wanita solehah....Cuba lihat wanita pada zaman dahulu...Seperti Sumayyah...Beliau adalah lambang wanita solehah..Kerana dia sanggup pertaruhkan nyawanya hanya demi agama Allah...Adakah ciri2 wanita solehah ada pada kita?









Diantara ciri2nya adalah:

solat lima waktu,menjaga maruah diri, menghormati ibubapa, menghormati suami,berzikir, membaca alquran,menundukkan muka daripada melihat lelaki ajnabi, mengingati mati,berpuasa,amal makruf dan nahi mungkar, ehsan, penyabar, sanggup berkorban demi agama Allah, menjaga auratnya daripada dibuka,dan lain lain....

Ingatlah kaum Hawa'! Sekarang wanita lebih ramai daripada lelaki yang memasuki neraka.Apatah lagi mereka yang membuka auratnya dikhayalak ramai...Anda sebagai seorang wanita tidak ada rasa malu kah?Segeralah kita sebagai kaum Hawa' ini bertaubat.Jangan diakhirat nanti neraka yang akan memanggil kita bukan taman syurga....

Wallahua'lam..

Pages

YouTube Blog

Nukilan dari insan yang jahil