Wednesday 26 March 2014

Bertuah Kamu Di Pilih Allah - Ukhti Syauqul Muhibbin

بسم الله الرحمن الرحبم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Namamu tertulis di lembaran oleh Imam Faqih Muqaddam.

Telah diceritakan oleh seorang pelajar Darul Mustofa..
Pada suatu malam, daku bermimpi.
bertemu dengan Imam Faqih Al Muqaddam sedang menulis sesuatu di lembaran yang sangat panjang..

Aku bertanya kepadanya, "Apakah yang sedang kamu tulis itu?"

Beliau menjawab, "Aku sedang menulis semua nama2 yang telah dan akan masuk ke Kota Tareem, walau yang berada di sana, dalam masa yang singkat.."

Aku teliti lembaran itu ternyata di sebelah nama2 itu aku ternampak sesuatu tulisan, dengan itu, aku bertanya lagi, "Apakah yang di sebelah nama2 itu?"

Beliau berkata, " Ini adalah sesuatu (samada banyak ataupun sedikit) yang di perolehi oleh seseorang yang telah dan akan masuk ke Kota Tareem.."

Allahuakbar..

Nikmatnya dapat menjejak kaki di Bumi Tareem walau sementara,,
Maka jagalah adab dan bersangka baiklah tatkala kamu disana,,
dengan itu, kamu akan memperolehi barakah dari ahlinya.

Bertuahnya kamu dipilih Allah,,
di hantar ke negeri yang barakah,,
di saat beribu yang lain menginginkan,,
akan tetapi Allah tidak mengizinkan.

Walau kamu dapat menziarahinya dalam waktu yang singkat sahaja,,
cukuplah bagi kamu memperolehi sesuatu yang diberikan oleh Bumi Tareem dan ahlinya.

Syukurilah nikmat itu,

~Dengan beramal apa yang kamu perolehi dari ilmu
~dengan mengikut sunnah-sunnah nabimu,
~dengan berakhlak mulia seperti Rasulmu,
~dan dengan menyebarkan dakwah tanpa jemu





[[akhirat? Allah, ana mencariNYA :'( ]] - ukhti Syauqul Muhibbin

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bismillah,
Risalahku kepadamu..

Semua yang ku ceritakan tentang Tareem dan Ahlinya itu bermula dari tahun 2004..
Cerita semuanya apa yang kulihat dengan mataku sendiri..

HUSNU ZHON lah kamu dengan TAREEM dan AHLINYA..
Bukankah telahku katakan bahawa "Tarim Hanya untuk Orang yang mencari Akhirat?"

Ingatlah bahawa syurga itu dikelilingi dengan perkara yang tidak diingini oleh nafsu..

Pasanglah niat sebanyak-banyaknya..
dan ingatlah apa sebenarnya TUJUAN kamu datang ke TAREEM..

Sesungguhnya kota Tareem itu sangat berbeza dari tempat lain..
sebab itu tiada yang dapat pergi ke Kota Tareem melainkan yang TERPILIH sahaja.

Ahlan wasahlan dan tahniah ana ucapkan kepada TETAMU YANG TERPILIH yang akan datang tahun ini ke 

"Tarim Kota Cinta.. Pemilik Sejuta Rahsia.."

~coretan ukhti Syauqul Muhibbin~

Monday 24 March 2014

Cintaku di Bumi Tareem ~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



~IV~


“Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Balqis?” Tanya Suhana.

“Saya Balqis. Ini sedang bercakap dengan siapa ya?” Tanyaku kembali.

“Subhanallah, Balqis!! Lama tidak dengar khabar? Keif haluk?” Ana Suhana.” Jawab Suhana dengan penuh riang.

“Allahu,, Suhana rupanya.. Ana bikheir alhamdulillah.. Wa keif haluk? Musytaqun ilaik ya ukhti mahbubati..” jelasku.

“Ana bikheir jiddan, Alhamdulillah. Hehe,, ana aidhon ya ukhti. Sedang buat apa tu?” Tanya Suhana.

“Sedang menghantar borang untuk sambung pengajian di Darul Zahra, Yemen.” Jawabku.

“Subhanallah, cepatnya enti. Erm, enti tidak mahu ambil SPM?” Tanya Suhana teragak-agak.

“Jika ada rezeki, ana pergi tahun ni tanpa mengambil SPM. Kalau tiada rezeki, maka ana teruskan perjuangan untuk mengambil SPM. In syaa allah. Enti doakan ana ya?” Senyumku.

“In syaa allah, sentiasa ana doakan untuk sahabat-sahabat ana. Semoga berjaya, maaf mengganggu, Assalamualaikum.” Suhana mengundurkan diri.

“Waalaikumussalam.” Aku menjawab salam.

Tekad.

Aku sudah tekad untuk sambung belajar di sana. Ya Allah, mudahkanlah ya Allah.

‘Klik’ , butang [save] dokumen ditekan.

Selesai. Alhamdulillah.

 ********

Beberapa bulan kemudian, emelku dibalas.

[“Wa’aleykum ssalam.. Barakallahufik. Hasolti li muasolah durusah fi dar zahra’. Hunak,
indina daurah fi syahr maayu. Hayya tahduru!!”]

“Alhamdulillah, masyaa allah tabarakallah! Alhamdulillah aku dapat, ya Allah!” Gembiraku.

Sekarang sudah masuk bulan April. Allahuakbar. Masih tinggal sebulan lagi. Aku perlu bermusyawarah dengan orang tuaku.

 *******

“Aqis memang betul-betul tak mahu ambil SPM?” soal Ayah.

“Bukan tidak mahu, ayah. Tetapi hati aqis lebih cenderung ke arah keagamaan.” Jawabku.

“Izinkanlah dia bang. Dia tahu kebaikan dan keburukan. Mungkin dia ingin bantu kita di akhirat kelak.” Sokong ummi sambil tersenyum.

“Hmm susah betul ayah nak lepaskan anak perempuan ayah ni pergi belajar jauh-jauh. In syaa allah ayah benarkan.” Sambil tersenyum.

“Terima kasih ayah! Terima kasih ummi!! Ya Allah, berkatilah ibu dan ayahku.” Lonjakku kegembiraan.

 *********

“Masya Allah, iyeke sayang? Mabruk ‘alaik! Cemburunya ana dengar. Moga ada rezeki buat ana , in syaa allah.” Kata Suhana.

“Jazakillahukheir ya ukhti. La ba’sa, berdoalah, yakin pada Allah. Hasbunallah wa ni’mal wakil. Rezeki Allah ada di mana-mana. Jangan putus asa.” Pesanku.

“In syaa allah…” jawabnya.

“Oh ye, bila flight?” sambungnya lagi.

“In syaa allah awal bulan depan. Sekarang ni sedang tunggu proses visa. Selesai semua, in syaa allah akan berangkat. Doakan ana.” Kataku.
“In syaa allah. Doakan untuk ana sekali sewaktu enti sudah berada di sana nanti! Serulah nama ana disana.” Kata Suhana.

“In syaa allah ukhti.” Jawabku.



 ~V~

Sebulan sudah berlalu. Akhirnya masa yang dinanti-nantikan.

“Qis, jaga solat, jaga diri baik-baik. Adab dengan guru jangan tinggal. Tuntutlah ilmu kerana Allah.” Pesan ummi.

“In syaa allah ummi..” sambil mencium tangan ummi.

“Jaga hafalan, ingat, kat sana ramai wali Allah. Mereka kasyaf. Jaga adab dan akhlak.” Pesan ayah.

“In syaa allah ayah. Terima kasih ayah.” Sambil mencium tangan ayahku.

“Enti, ingat pesanan orang tuamu dan pesanan ana. Jaga adab dan akhlak, pelajarilah ilmu kerana Allah. Jadilah wanita solehah.” Pesan Suhana.

“In syaa allah sayang. Pesananmu akan ana ingat. Ana akan tunggu enti datang sana. Datanglah dengan hati yang redha.” Aku melirikkan senyuman.

“In syaa allah..” sambil memeluk erat sahabatku.

“Assalamualaikum semua!!” Sambil mengangkat beg bagasi ke dalam kapal terbang.

“Waalaikumussalam..” mereka menyambut sahutanku.

Sungguh waktu inilah yang paling hiba. Kerana aku bakal meninggalkan keluargaku, sahabat-sahabatku, dan juga Negara yang ku cintai. Aku bakal menuntut ilmu di sebuah tempat yang aku idam-idamkan. Tarim Al-Ghanna.

******

Sedangku berada di dalam kapal terbang, aku mulai merasa rindu terhadap keluargaku. Ya Allah, lindungilah mereka.. amin.. Lantas, aku menoleh ke kanan dan tiba-tiba…..

“Macam pernah nampak muslimin ni. Tapi dimana ya?” Hatiku berbicara.

“Assalamualaikum, enti ada keperluan apa dengan ana? Kenapa asyik memandang ana?” Tanya pemuda itu.

“Waalaikumussalam… erk, ma lais musykilah.” Lalu aku menoleh ke kiri. Sungguh, merah mukaku pada ketika itu. Astaghfirullah. Semoga aku dijauhkan dari segala fitnah.

 ********

“Ahlan ahlan!” sahut hatiku.

Alhamdulillah, sampai juga di airport sanaa’. Macam mana aku nak pergi ke dar zahra’? Perlukah aku bertanya kepada orang-orang disekitarku?

“Lau samah, uriidu an azhaba ila dar zahra’. Aina yajuzu an abhasaha?” soalku pada seorang wanita berniqab.

“Tajuzu an tazhabiina hunaka bil hafiilah. Wa ba’da zalik, sa’alti ilaih.” Jawab wanita itu.

“Jazakillah alfu kheir.” Kataku.

“Waiyyaki.” Balasnya.

*********


“Alhamdulillah, selamat juga aku sampai di dar zahra’. Subhanallah. Disini sangat tenang. Biarpun cuaca disini sangat panas dan membara, tetapi ia tidak dapat menghalangi cita-cita dan matlamatku untuk menuntut ilmu di bumi Tareem.

Cintaku di Bumi Tareem, namaku disahut sebelum ku datang ke sini. Sekian. Tamat.


~nantikan kemunculan penulisan~ ^_^











































Malam indah di bumi Hadramaut - ukhti Syauqul Muhibbin

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Di dalam kegelapan malam,,
dihiasi dengan cahaya bintang yang bergemerlapan,
aku tersedar dengan alunan azan yang dilaungkan,
aku terpinga-pinga sebentar kerana kebingungan,
"panggilan fardhu fajar sudah di azan..?"
padahal jam baru menunjukkan pukul 3 malam.

tiba2 aku terdengar suara kesayuan,
mengalunkan zikir dalam munajat kepada Tuhan,
datangnya suara itu dari masjid yang berhampiran,
sungguh ia mengingatkanku kepada yang Maha Penyayang.

Lantasku sebut nama-Mu di dalam sujudku,
meluahkan segala rintihan rindu,,
hanya kepada-Mu lah tempatku mengadu..

Terima kasih wahai sang utusan ar-Rahman,
kerana membangunkanku dari lamunan keduniaan.

ya tarim wa ahlaha ..

Sunday 23 March 2014

Perkongsian ukhti syauqul muhibbin di Tareem Hadramaut (2)

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ukhti,,
Dulu masa ana nak datang Tareem,
ana dengar semua perempuan di Tareem pakai niqab,
ana pun nak pakai juga walaupun pada waktu itu ana baru berumur 10 tahun.

Bila datang Tareem berjumpa dengan Habib Umar,
Habib kata jika masih kecil, tak perlu pakai niqab lagi, nanti kalau dah baligh, barulah pakai, ana pun bukalah.

Habib Umar ada beritahu, Sayyidatina Fatimah dulu keluar rumah pakai hitam semuanya.
Beliau menutup semua muka, hanya ada 1 lubang sahaj untuk sebelah matanya melihat jalan. tu pun orang lain tak nampak.
semasa berjalan, kepalanya sentiasa tunduk ke bawah. masyaa allah! 

Ukhti,,
jomlah,, kita ikut hubabatuna..
Nanti di akhirat, Sayyidatina Fatimah akan berkata, "Aina Banaati? (dimana anak perempuanku?)"
Pengikut sayyidatina Fatimah sahaja yang boleh menyeberangi titian sirat bersama beliau.

Ukhti,,
apa yang ana cakap ni, bukan bermakna ana sempurna. ana juga masih dalam perubahan.
Jom ukhti,, kita sama2 berubah,
ana taknak berjalan dalam rombongan Sayyidatina Fatimah tanpa ukhti disisi ana..

Kenapa?

Kerana ana begitu sayang sekali kepada antunna kerana Allah :')

#subhanallah,, berikanlah futuh kepadanya ya Allah. aminn. ^_^


Friday 21 March 2014

DIDIKLAH SEORANG ANAK SEPERTIMANA TERDIDIKNYA ANAK-ANAK TAREEM

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dari dalam kandungan lagi, anak ahli tareem telah diberi makan dengan zikrullah dan selawat serta Tilawatul quran.. Ibunya pasti amat menjaga pemakanan dirinya dari memakan makanan syubhah apatah lagi yang haram.

Kenapa?

Kerana apa yang dimakan itu akan membentuk akhlak anaknya yang berada dalam kandungannya itu. Begitu juga apabila dilahirkan. Mereka hias rumah dan menidurkan bayi dengan suara tilawatul quran dan zikrullah sentiasa.. Diberi makanan buatan tangan mereka sendiri. Mereka pastikan apa yang dimakan itu semuanya halal. Subhanallah..

Bagi ibu yang tidak banyak susu, bagaimana mereka susukan bayi ? adakah dengan menggunakan tin susu lembu dipasaran? Tidak sesekali mereka akan buat sebegitu. Yang tiada susu, akan beri minum air madu atau beri kepada ibu susuan.

 Ada seorang habib(ana dh terlupa apa nama beliau), katanya "setiap malam sejak dari umurku 3 tahun, ayah dan ibuku selalu membangunkanku di tengah malam hanya untk mengucap La ilaha illallah.. sampailah umurku 7 tahun, aku langsung tidak pernah meninggalkan solat qiamullail sehingga aku tua. Apabila selesai mengucap la ilaha illallah, barulah mereka membenarkanku untuk tidur semula."

Ketika ibu mereka ingin memberikan susu, pasti akan dibaca bismillah terlebih dahulu. Bagaimana seorang ibu dan ayah ingin menghiaskan akhlak kepada seorang anaknya, pasti ia akan menghiaskan akhlak pada dirinya terlebih dahulu.

Dari kecil telah diajar surah kecil2 berserta azkar(zikir)."Ana(ukhti syauqul muhibbin) sungguh kagum dengan anak ahli tareem,, ketika ana menghantar adik ana yang berusia 5 tahun, yang baru ingin bermula masuk kelas tadika, ana dapati anak ahli tareem yg seumur dengan adikku juga baru nak masuk sekolah. Mereka telah menghafal bacaan dalam solat dan azkar(zikir) selepas solat. subhanallah.."

Darimana mereka belajar semua ni?
Bukan itu sahaja, malah sunnah2 Nabi SAW juga diajarnya,,
semua bawak siwak(kayu sugi) ke madrasah..
Allah..Allah..
sungguhku kagum dengan akhlak mereka,,
di ajar membaca dan menulis,,
di ajar cara nak solat, tapi jika dilihiat, seolah-olah mereka sudah pandai,,
di ajar mengira dan lain2.
mereka sangat menekan pd sunnah..

Tapi ketika 5 tahun tu, bagaimana dengan quran mereka?
semua sudah boleh baca dengan baik?
x semua,, tetapi surah2 kecil sudah dihafalnya..
sikit2, tidak semua.

barakallahufiha alfu barakah.. ^_^

Marah WANITA TARIM dan Pemalunya LELAKI TARIM

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[MARAH WANITA TARIM]

Wanita Tarim tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara kepada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka berasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaanya sama juga seperti para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami berasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian, nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi. Seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.

Subhanallah! Indahnya marah sebegini. Marah yang mampu jadi hiburan. Marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang daripada mereka memendam rasa.


pengajian di darul mustofa


[PEMALUYA LELAKI TARIM]

kata ukhti Syauqul Muhibbin, "Masa kecik mula2 datang Tareem, ana berjalan di lorong2 bumi Tareem bersama bersama seorang kakak yang memakai khimar. Tiba2 disana ada seorang lelaki yang berjalan di lorong itu juga. Bila dia ternampak kami, terus dia tunduk ke bumi.

Lepas tu dia cari jalan untuk belok ke jalan lain. Dan terus jalan cepat2 untuk pergi. Ana(ukhti syauqul muhibbin)  pun kata didalam hati pada lelaki yang berlari tdi, 'Barangkali lelaki tu sangkakan orang perempuan ni hantu.' Sbb tengok kami mcm dalam keadaan takut2. 

Padahal pada hakikatnya dia bukan takut, tetapi malu. Pemuda ahli tareem sgt pemalu sifatnya. perasaan malunya itu lebih daripada wanita malaysia.

subhanallah... semakin kita mengenali bumi tareem, semakin kita mengenali akhlak ahli tareem. ^_^ 

Pages

YouTube Blog

Nukilan dari insan yang jahil