بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~IV~
“Assalamualaikum, boleh saya bercakap
dengan Balqis?” Tanya Suhana.
“Saya Balqis. Ini sedang bercakap dengan
siapa ya?” Tanyaku kembali.
“Subhanallah, Balqis!! Lama tidak dengar
khabar? Keif haluk?” Ana Suhana.” Jawab Suhana dengan penuh riang.
“Allahu,, Suhana rupanya.. Ana bikheir
alhamdulillah.. Wa keif haluk? Musytaqun ilaik ya ukhti mahbubati..” jelasku.
“Ana bikheir jiddan, Alhamdulillah.
Hehe,, ana aidhon ya ukhti. Sedang buat apa tu?” Tanya Suhana.
“Sedang menghantar borang untuk sambung
pengajian di Darul Zahra, Yemen.” Jawabku.
“Subhanallah, cepatnya enti. Erm, enti
tidak mahu ambil SPM?” Tanya Suhana teragak-agak.
“Jika ada rezeki, ana pergi tahun ni
tanpa mengambil SPM. Kalau tiada rezeki, maka ana teruskan perjuangan untuk
mengambil SPM. In syaa allah. Enti doakan ana ya?” Senyumku.
“In syaa allah, sentiasa ana doakan
untuk sahabat-sahabat ana. Semoga berjaya, maaf mengganggu, Assalamualaikum.”
Suhana mengundurkan diri.
“Waalaikumussalam.” Aku menjawab salam.
Tekad.
Aku sudah tekad untuk sambung belajar di
sana. Ya Allah, mudahkanlah ya Allah.
‘Klik’ , butang [save] dokumen ditekan.
Selesai. Alhamdulillah.
********
Beberapa bulan kemudian, emelku dibalas.
[“Wa’aleykum ssalam.. Barakallahufik. Hasolti
li muasolah durusah fi dar zahra’. Hunak,
indina daurah fi syahr maayu. Hayya
tahduru!!”]
“Alhamdulillah, masyaa allah tabarakallah!
Alhamdulillah aku dapat, ya Allah!” Gembiraku.
Sekarang sudah masuk bulan April.
Allahuakbar. Masih tinggal sebulan lagi. Aku perlu bermusyawarah dengan orang
tuaku.
*******
“Aqis memang betul-betul tak mahu ambil
SPM?” soal Ayah.
“Bukan tidak mahu, ayah. Tetapi hati
aqis lebih cenderung ke arah keagamaan.” Jawabku.
“Izinkanlah dia bang. Dia tahu kebaikan
dan keburukan. Mungkin dia ingin bantu kita di akhirat kelak.” Sokong ummi
sambil tersenyum.
“Hmm susah betul ayah nak lepaskan anak
perempuan ayah ni pergi belajar jauh-jauh. In syaa allah ayah benarkan.” Sambil
tersenyum.
“Terima kasih ayah! Terima kasih ummi!!
Ya Allah, berkatilah ibu dan ayahku.” Lonjakku kegembiraan.
*********
“Masya Allah, iyeke sayang? Mabruk
‘alaik! Cemburunya ana dengar. Moga ada rezeki buat ana , in syaa allah.” Kata
Suhana.
“Jazakillahukheir ya ukhti. La ba’sa,
berdoalah, yakin pada Allah. Hasbunallah wa ni’mal wakil. Rezeki Allah ada di
mana-mana. Jangan putus asa.” Pesanku.
“In syaa allah…” jawabnya.
“Oh ye, bila flight?” sambungnya lagi.
“In syaa allah awal bulan depan.
Sekarang ni sedang tunggu proses visa. Selesai semua, in syaa allah akan
berangkat. Doakan ana.” Kataku.
“In syaa allah. Doakan untuk ana sekali
sewaktu enti sudah berada di sana nanti! Serulah nama ana disana.” Kata Suhana.
“In syaa allah ukhti.” Jawabku.
~V~
Sebulan sudah berlalu. Akhirnya masa
yang dinanti-nantikan.
“Qis, jaga solat, jaga diri baik-baik.
Adab dengan guru jangan tinggal. Tuntutlah ilmu kerana Allah.” Pesan ummi.
“In syaa allah ummi..” sambil mencium
tangan ummi.
“Jaga hafalan, ingat, kat sana ramai
wali Allah. Mereka kasyaf. Jaga adab dan akhlak.” Pesan ayah.
“In syaa allah ayah. Terima kasih ayah.”
Sambil mencium tangan ayahku.
“Enti, ingat pesanan orang tuamu dan
pesanan ana. Jaga adab dan akhlak, pelajarilah ilmu kerana Allah. Jadilah
wanita solehah.” Pesan Suhana.
“In syaa allah sayang. Pesananmu akan
ana ingat. Ana akan tunggu enti datang sana. Datanglah dengan hati yang redha.”
Aku melirikkan senyuman.
“In syaa allah..” sambil memeluk erat
sahabatku.
“Assalamualaikum semua!!” Sambil
mengangkat beg bagasi ke dalam kapal terbang.
“Waalaikumussalam..” mereka menyambut
sahutanku.
Sungguh waktu inilah yang paling hiba.
Kerana aku bakal meninggalkan keluargaku, sahabat-sahabatku, dan juga Negara
yang ku cintai. Aku bakal menuntut ilmu di sebuah tempat yang aku idam-idamkan.
Tarim Al-Ghanna.
******
Sedangku berada di dalam kapal terbang,
aku mulai merasa rindu terhadap keluargaku. Ya Allah, lindungilah mereka..
amin.. Lantas, aku menoleh ke kanan dan tiba-tiba…..
“Macam pernah nampak muslimin ni. Tapi
dimana ya?” Hatiku berbicara.
“Assalamualaikum, enti ada keperluan apa
dengan ana? Kenapa asyik memandang ana?” Tanya pemuda itu.
“Waalaikumussalam… erk, ma lais
musykilah.” Lalu aku menoleh ke kiri. Sungguh, merah mukaku pada ketika itu.
Astaghfirullah. Semoga aku dijauhkan dari segala fitnah.
********
“Ahlan ahlan!” sahut hatiku.
Alhamdulillah, sampai juga di airport
sanaa’. Macam mana aku nak pergi ke dar zahra’? Perlukah aku bertanya kepada
orang-orang disekitarku?
“Lau samah, uriidu an azhaba ila dar
zahra’. Aina yajuzu an abhasaha?” soalku pada seorang wanita berniqab.
“Tajuzu an tazhabiina hunaka bil
hafiilah. Wa ba’da zalik, sa’alti ilaih.” Jawab wanita itu.
“Jazakillah alfu kheir.” Kataku.
“Waiyyaki.” Balasnya.
*********
“Alhamdulillah, selamat juga aku sampai
di dar zahra’. Subhanallah. Disini sangat tenang. Biarpun cuaca disini sangat
panas dan membara, tetapi ia tidak dapat menghalangi cita-cita dan matlamatku
untuk menuntut ilmu di bumi Tareem.
Cintaku di Bumi Tareem, namaku disahut
sebelum ku datang ke sini. Sekian. Tamat.
~nantikan kemunculan penulisan~ ^_^
Assalamualaikum..ukhti mmg pndi ckp arab sblm trbg ke bumi tareem ke??ade tips utk fasih ckp arab..sy ade jg ambl bhse arab smse skolah dlu
ReplyDeletewaalaikumussalam.. maaf, cerita ini hanyalah imaginasi semata-mata.. :) doakan saya agar dpt terbang disana.. huhu..
Delete