Monday 24 March 2014

Malam indah di bumi Hadramaut - ukhti Syauqul Muhibbin

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Di dalam kegelapan malam,,
dihiasi dengan cahaya bintang yang bergemerlapan,
aku tersedar dengan alunan azan yang dilaungkan,
aku terpinga-pinga sebentar kerana kebingungan,
"panggilan fardhu fajar sudah di azan..?"
padahal jam baru menunjukkan pukul 3 malam.

tiba2 aku terdengar suara kesayuan,
mengalunkan zikir dalam munajat kepada Tuhan,
datangnya suara itu dari masjid yang berhampiran,
sungguh ia mengingatkanku kepada yang Maha Penyayang.

Lantasku sebut nama-Mu di dalam sujudku,
meluahkan segala rintihan rindu,,
hanya kepada-Mu lah tempatku mengadu..

Terima kasih wahai sang utusan ar-Rahman,
kerana membangunkanku dari lamunan keduniaan.

ya tarim wa ahlaha ..

No comments:

Post a Comment

Pages

YouTube Blog

Nukilan dari insan yang jahil