Friday, 21 March 2014

Marah WANITA TARIM dan Pemalunya LELAKI TARIM

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[MARAH WANITA TARIM]

Wanita Tarim tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara kepada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka berasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaanya sama juga seperti para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami berasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian, nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi. Seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.

Subhanallah! Indahnya marah sebegini. Marah yang mampu jadi hiburan. Marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang daripada mereka memendam rasa.


pengajian di darul mustofa


[PEMALUYA LELAKI TARIM]

kata ukhti Syauqul Muhibbin, "Masa kecik mula2 datang Tareem, ana berjalan di lorong2 bumi Tareem bersama bersama seorang kakak yang memakai khimar. Tiba2 disana ada seorang lelaki yang berjalan di lorong itu juga. Bila dia ternampak kami, terus dia tunduk ke bumi.

Lepas tu dia cari jalan untuk belok ke jalan lain. Dan terus jalan cepat2 untuk pergi. Ana(ukhti syauqul muhibbin)  pun kata didalam hati pada lelaki yang berlari tdi, 'Barangkali lelaki tu sangkakan orang perempuan ni hantu.' Sbb tengok kami mcm dalam keadaan takut2. 

Padahal pada hakikatnya dia bukan takut, tetapi malu. Pemuda ahli tareem sgt pemalu sifatnya. perasaan malunya itu lebih daripada wanita malaysia.

subhanallah... semakin kita mengenali bumi tareem, semakin kita mengenali akhlak ahli tareem. ^_^ 

No comments:

Post a Comment

Pages

YouTube Blog

Nukilan dari insan yang jahil