Wednesday 26 March 2014

Bertuah Kamu Di Pilih Allah - Ukhti Syauqul Muhibbin

بسم الله الرحمن الرحبم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Namamu tertulis di lembaran oleh Imam Faqih Muqaddam.

Telah diceritakan oleh seorang pelajar Darul Mustofa..
Pada suatu malam, daku bermimpi.
bertemu dengan Imam Faqih Al Muqaddam sedang menulis sesuatu di lembaran yang sangat panjang..

Aku bertanya kepadanya, "Apakah yang sedang kamu tulis itu?"

Beliau menjawab, "Aku sedang menulis semua nama2 yang telah dan akan masuk ke Kota Tareem, walau yang berada di sana, dalam masa yang singkat.."

Aku teliti lembaran itu ternyata di sebelah nama2 itu aku ternampak sesuatu tulisan, dengan itu, aku bertanya lagi, "Apakah yang di sebelah nama2 itu?"

Beliau berkata, " Ini adalah sesuatu (samada banyak ataupun sedikit) yang di perolehi oleh seseorang yang telah dan akan masuk ke Kota Tareem.."

Allahuakbar..

Nikmatnya dapat menjejak kaki di Bumi Tareem walau sementara,,
Maka jagalah adab dan bersangka baiklah tatkala kamu disana,,
dengan itu, kamu akan memperolehi barakah dari ahlinya.

Bertuahnya kamu dipilih Allah,,
di hantar ke negeri yang barakah,,
di saat beribu yang lain menginginkan,,
akan tetapi Allah tidak mengizinkan.

Walau kamu dapat menziarahinya dalam waktu yang singkat sahaja,,
cukuplah bagi kamu memperolehi sesuatu yang diberikan oleh Bumi Tareem dan ahlinya.

Syukurilah nikmat itu,

~Dengan beramal apa yang kamu perolehi dari ilmu
~dengan mengikut sunnah-sunnah nabimu,
~dengan berakhlak mulia seperti Rasulmu,
~dan dengan menyebarkan dakwah tanpa jemu





No comments:

Post a Comment

Pages

YouTube Blog

Nukilan dari insan yang jahil